Rabu, 3 Februari 2010

Penerapan Nilai-Nilai Murni dalam Pembelajaran Kooperatif dalam Sains

URL;
http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jdidik27-04.pdf

Kajian ini bertujuan untuk mengukur sejauh mana pembelajaran kooperatif dalam sains dapat menerapkan nilai murni seperti bekerjasama, berdikari, kasih sayang, kebersihan mental, kebersihan fizikal, kejujuran, kerajinan dan rasional serta untuk mengkaji penerapan nilai murni lain. Ia juga untuk menguji struktur manakah yang lebih berkesan dalam menerapkan nilai-nilai murni iaitu kaedah STAD atau Jigsaw 2 . Pembelajaran kooperatif STAD adalah mengikut turutan berikut iaitu guru mengajar, murid belajar dalam kumpulan, kuiz secara individu dan peneguhan (pemberian ganjaran kepada tiga kumpulan yang mendapat markah tertinggi). Struktur Jigsaw 2 pula mengikut turutan berikut iaitu guru mengajar, pelajar berbincang dalam kumpulan pakar, pelajar kembali ke kumpulan masing-masing berbincang dan mengajar ahli kumpulan mereka, kuiz dan peneguhan. Pelajar lebih seronok belajar dalam kumpulan dan mereka lebih berusaha meningkatkan pencapaian. Menurut kajian Struktur Jigsaw 2 lebih berkesan untuk digunakan bagi menerapkan nilai murni berbanding dengan struktur STAD. Ini mungkin disebabkan kaedah kooperatif Jigsaw 2 mempunyai aktiviti perbincangan kumpulan pakar. Aktiviti ini memberi peluang para pelajar lebih berinteraksi, lebih bertanggungjawab dan berlatih untuk berdikari dan bekerjasama bagi membolehkan kumpulan mereka berjaya. Sementara dalam kaedah kooperatif STAD tidak terdapat aktiviti perbincangan kumpulan pakar seperti dalam kooperatif Jigsaw 2. Secara tidak langsung, ruang interaksi antara pelajar berkurangan jika dibandingkan dengan kaedah kooperatif Jigsaw 2. Pelajar-pelajar dalam kooperatif STAD ini masih berinteraksi, tetapi terhad dalam kumpulan kecil masing-masing. Bagaimana pula pendapat anda. Adakah kaedah pembelajaran kooperatif boleh menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar?

Isnin, 11 Januari 2010

CERIA SOKMO

Hi, Assalamualaikum to everybody!

Dalam menghadapi banyak perkara dalam satu masa memang mencabar minda. sebagai seorang guru kepada pelajar, sebagai seorang isteri kepada suami, sebagai seorang ibu kepada anak-anak yang masih kecil, sebagai seorang menantu yang mak mertua sakit tenat, sebagai seorang anak yang sentiasa ditunggu-tunggu kunjungannya dan sebagai seorang pelajar DPYIK yang ingin berjaya. Semua ini perlu pengorbanan. kalau ingat tension mmg lah..... tp semua ini ku hadapi dgn tabah dan ceria sokmo.